Resepi asal roti ni takde inti tau, tapi yang ni saya cuba letak inti kacang merah, peanut butter dengan coklat. Lembut dan gebu sangat-sangat.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Hidayati Hana. Terima kasih.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 300 gram tepung roti.
- 50 gram whiping cream.
- 30 gram gula.
- 1 sudu kecil yis.
- 1/2 sudu kecil garam.
- 170 gram air sejuk.
- 25 gram marjerin.
- 4 jenis pewarna makanan.
- Sedikit tepung jagung / gandum.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Satukan semua bahan kecuali marjerin dalam bread maker atau mixer. Bila dah bercampur sebati masukkan pula marjerin dan uli sehingga menjadi elastik.
- Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Letakkan pewarna dan uli hingga warna menjadi sebati. Kemudian perapkan selama lebih kurang 30 hingga 40 minit.
- Bila adunan dah kembang, ambil dan uli semula. Bulat-bulatkan adunan dan bahagikan kepada 4 bahagian lagi mengikut setiap warna sehingga kita dapat 16 ketul doh. Agak-agak setiap doh berat anggaran dalam 25 hingga 30 gram.
- Sediakan loyang yang telah disapu dengan sedikit marjerin. Bulatkan doh dan susun sehingga habis. Guna loyang bersaiz 10 inci untuk roti ni.
- Biarkan doh kembang semula menjadi 3 kali ganda dari saiz asal. Bila dah kembang, ayakkan sedikit tepung gamdum diatas roti.
- Panaskan oven pada suhu 170 darjah dan bakar selama lebih kurang 20 hingga 25 minit atau sehingga roti masak.
Selamat mencuba.