Resepi Puding Roti yang laku keras musim PKP ni. Mudah untuk disediakan!

Musim PKP ni stok roti banyak. Anda yang mana nak try tu boleh la cuba buat. Mudah dah senang je untuk membuatnya. Pasti anak-anak anda suka dengan hasil air tangan anda nanti. Ni sis sertakan resepi cara sis. Senang jer. Terima kasih kepada Puan Nor Hidayah Faisal. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Roti gardenia 5 keping.
  • Telur ayam 2 biji.
  • Susu cair 1 tin.
  • Esen vanila 1 sudu kecil.
  • Gula 3 @ 4 sudu.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Semua atas ni dikisar guna blender jer sampai halus kecuali roti.
  2. Roti tu sapu planta @ butter depan dan belakang kemudian carik-carikkan roti tu.
  3. Kemudian, masukkan Roti ke dalam bekas untuk dikukus. tuangkan bahan yang di blender tadi dan rendamkan sekejap.
  4. Taburkan kismis dan kukuskan selama lebih kurang 25 minit. Siap!
Baca juga :  Resepi Mee Goreng basah yang boleh bikin anda Ketagih.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.