Cara untuk menyediakan Daging Masak Hitam dengan mudah. Daging yang lembut dalam setiap gigitan!

Bila mana mood masih beraya, kekonon nak buat daging dendeng tapi bahan pula tak cukup. So, sebelum keluar tadi cheyah sediakan daging masak hitam simple. Gunapakai bahan yang mana ada je. Janji mudah dan sedap untuk seisi keluarga.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500g daging potong nipis.
  • 3 biji bawang merah.
  • 2 batang serai.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 4 biji cili kering.
  • Rempah tumis.
  • 1 sudu kecil lada hitam.
  • 1 sudu kecil biji ketumbar.
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis.
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih.
  • 2 sudu besar kicap masin adabi.
  • 3 sudu besar kicap lemak manis adabi.
  • Sedikit air, garam dan gula.

Cara penyediaannya:

  1. Blenderkan bawang merah, bawang putih, serai dan cili kering. Tumiskan rempah dan bahan yang dibland tadi.
  2. Kemudian, masukkan daging. Kacau sebati dan tambah sediikit air. Tutup sekejap jika perlu.
  3. Masukkan serbuk jintan putih dan jintan manis. Tambah lada hitam dan biji ketumbar yang telah ditumbuk. Kacau sebati.
  4. Boleh masukkan kicap manis dan masin. Tambah secubit garam dan gula. Tutup periuk dan kecilkan api selama 20 minit. Biarkan daging empuk dan masak.
  5. Selepas 20 minit boleh angkat. Kuah akan pekat dan daging pun memang lembut. Dah siap! Selamat mencuba.
Baca juga :  Cara lengkap untuk membuat Masakan Daging Dendeng yang terpadu.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.