Resepi Puri Mudah dan Senang

Kawan-kawan pernah makan Puri? Tahu tak apa itu Puri? Puri adalah makanan masyarakat India. Ia di jadikan hidangan untuk sarapan pagi, mahupun untuk makan malam. Puri di makan bersama kuah kari atau dal. Pasti sekali anda dah cuba pasti anda rasa nak makan lagi dan lagi. Puri ni cara membuatnya cukup mudah dan ringkas. Bahan asasnya hanyalah tepung gandum, air, garam dan minyak. Puri ni kena makan masa panas-panas kerana bila dah sejuk dia akan liat.

Apa yang uniknya puri ni dia akan mengelembung seperti pelampung bila di masak. Ia ada ruang udara di dalamnya yang membuatkan ianya cukup rangup bila di nikmati. Hari ini kami nak kongsikan kaedah membuat puri ni pada semua. Kalau anda ada masak kari, asam pedas ke bolehlah buat puri kemudian cicah dengan kari. Makan puri ni pun buat kita kekenyangan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 500gm tepung gandum.
  • 1 sudu besar butter/marjerin.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 2 sudu besar susu pekat.
  • 2 cawan air suam @ secukupnya. Sukatan air buh sikit-sikit sampai doh cun tak melekat kat jari.
  • Mix smua bahan, uli kejap & bulat-bulatkan.
  • Canai doh pastu goreng.
Baca juga :  Cara lengkap untuk membuat Wool Bread atau Roti Manis. Gebu beb!

Cara menyediakan doh puri:

  1. Masukkan tepung ke dalam bekas yang besar.
  2. Masukkan juga garam.
  3. Tuangkan air sedikit-sedikit.
  4. Uli adunan hingga ia menjadi doh yang tidak melekat pada bekas dan tangan.
  5. Kemudian letakkan minyak sapi atau minyak makan.
  6. Uli lagi hingga doh lembut.
  7. Tutup dengan kain dan perap sekejap dalam 20 minit.
  8. Ambil sedikit doh sebesar guli. Canai doh nipis.
  9. Buat sehingga semua adunan habis.
  10. Bentunya tak kisahlah kan kalau nak cantik buat bulat-bulat.
  11. Bila dah siap sekarang bolehlah kita mengoreng puri.

Cara untuk mengoreng:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Anda perlu pastikan minyak betul-betul panas. Jika anda masukkan doh puri tak mengelembung ini bermakna minyak itu tidak cukup panas.
  3. Masukkan doh yang telah di canai nipis tadi dalam minyak panas.
  4. Tekan-tekan atau tengelamkannya dalam minyak dengan sudip hingga ia mengelembung.
  5. Bila dah gelembung terbalikkan sebelah lagi pula.
  6. Buat cara yang sama, tekan dengan sudip tengahnya hingga ia mengelembung.
  7. Bila dah gelembung terus angkat.
  8. Tak perlu banyak kali balik-balikkan. Hanya 2 kali balikkan sahaja ya.
Baca juga :  Resepi Kuih Bakar Pandan untuk minum petang anda

Dah pun siap puri kita. Puri ni makan dengan kari ikan memang sedap! Pergh, dah tak sabar nak makan. Ingat tau makan masa dia panas-panas! Selamat Mencuba.

Kredit asal resepi oleh Azlita Aziz.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.