Done godeh-godeh biskut raya dengan daughter. Nampak macam cornflake madu erk tapi caranye tak sama. Sebabnya saya tak cairkan butter atas api.
Yang ni lagi rasa lemak butter. Soo sedap. Krup krup. Hilang sebalang ko Jemah oiii. Kita bagi resepi yee. Cikidot. Mak-mak sila buat naa. Sonang yakmat oiii.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 250 gram Butter.
- 1 cawan gula icing.
Gaul (pukul) guna spatula atau whisk sampai sedikit kembang. Kemudian masukkan;
- 1 biji kuning telur.
- 3 sudu besar susu pekat.
- 3 sudu besar madu.
Pukul lagi sampai betul-betul sebati. Ok siap.
Caranya pula adalah seperti berikut:
- 500 gram cornflake (saya guna yang timbang je). Masukkan dalam 1 bekas besar supaya senang nak gaul nanti.
- Tuang bahan campuran butter tadi ke dalam cornflake. Gaul sebati bagi semua kena.
- Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam paper cup dan hias / tabur manik urai yang bulat-bulat kecil tu.
- Selepas tu boleh la dibakar pada suhu 180°c selama 15 hingga 20 minit.
Okey done. Selamat mencuba mak-mak semua. Saya halalkan resepi ni. Thanks CC Nina Diana iaitu pemilik resepi asal.
*Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Anie Dza melalui Facebooknya di Group Masak Apa Hari Ini dan diolah semula untuk penyesuaian pembaca.