Resepi untuk Membuat Kuih Tepung Talam Gula Merah

Kami kongsikan kepada anda semua cara dan resepi untuk membuat Kuih Tepung Talam Gula Merah. Selamat mencuba.

Bahan yang diperlukan bagi lapisan bawah.

  • 1/2 cwn gula merah.
  • 4 sudu besar gula putih.
  • 2 cawan air masak.
  • 1 cawan tepung gandum.

Cara membuat lapisan bawah:

  1. Masak gula merah dan tambah gula putih bersama air hingga larut.
  2. Sejukkan dahulu air gula merah. Kemudian campur bersama tepung gandum. Sebatikan semua bahan, tapis masukkan kedalam loyang yang di sapu minyak. Boleh kukus dalam 15 minit atau sehingga masak.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kerepek Pisang yang rangup dan mengasyikkan. Sesuai sebagai kudapan seisi keluarga.

Bahan yang diperlukan bagi lapisan atas putih.

  • 1 cawan tepung beras.
  • 2 cawan santan pekat (saya guna 1 kotak santan kotak tambah air, jadikan 2 cawan).
  • Garam secukup rasa.

Cara membuat lapisan atas putih:

  1. Campur semua bahan diatas, tapis. Masuk dalam periuk dan masak sekejap sampai naik wap. Jika berketul tambah air panas sikit pada bancuhan tu sampai bancuhan tak terlalu likat dan tak terlalu cair.
  2. Tutup api. Kemudian masukkan atas lapisan gula merah tadi. kukus dalam 15 minit sampai masak. Tunggu sejuk baru potong supaya tak melekat. Taraaa dah siap. Sedap wey rasa tak cukup 1 loyang.
Baca juga :  Resepi Kuih Dangai atau Kuih Rangin

SELAMAT MENCUBA .

*Resepi ini telah dikongsikan oleh Siti Rayyan Siti Rayyan melalui Facebooknya di Group Masak Apa Hari Ini Tak Jadi Official dan diolah semula untuk penyesuaian pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.