Resepi Biskut Cornflake Sedap dan Mudah untuk dibuat

Biskut cornflakes Legend mak saya dan makcik-makcik saya kalau makan memang tak boleh stop.

Kami kongsikan resepi yang telah dimuatnaik oleh Puan Zaima Khan. Terima kasih Puan. Kami sertakan resepi kalau ada yang nak buat.

Bahan yang diperlukan adalah seperti dibawah ini:

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan tepung jagung.
  • 1 cawan tepung beras.
  • 1 cawan gula.
  • 3/4 buttercup.
  • 1 penutup esen vanila.
  • 1 biji telur.
  • 1 cawan conflakes (kalau nak banyak boleh tambah lagi).
  • 1 cawan kismis.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan butter dengan secawan gula mixerkan sampai gula hancur dan kembang.
  2. Massukkan esen vanila dan telur pukul lagi sampai sebati.
  3. Keluarkan bahan tersebut dan letak tepi.
  4. Guna mangkuk lain satukan tepung-tepung dan baking powder.
  5. Masukkan campuran tepung secara sedikit demi sedikit sambil kita sebatikan dengan aduan yang dipukul tadi tu sampai abis kesemua tepung.
  6. Masukkan conflakes sebanyak yang kita nak dan kismis kacau bagi sekata. Dah jadi adunan kita ambik cubit-cubit kecil-kecil masukkan dalam cup kertas tu. Ingat jangan kepalkan atau bulatkan bg padat nanti dalam lemau.
  7. Lepas tu boleh dah bakar. Bakar pada suhu 155 darja selama 10 minit. Siap.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Badak Berendam. Antara kuih popular di Bazar Ramadhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.