Cara membuat Kuih Koci Pulut Hitam Padu dan Enak. Kenyal-kenyal liat memang meletup rasa sedap dalam mulut!

Petang ni kami nak kongsikan kepada anda untuk membuat kuih tradisional paling popular iaitu kuih koci lemak leleh. Resepi ini telah dikongsikan oleh Norhidayu Abdul Majid.

Maka hari ini terhasil ler kuih koci dari dapur Ayu pestime buat oi kuih koci ni. Bila buat tadi teringat air tangan mak. Dulu dulu mak rajin buat kuih koci. Tapi time dulu dulu mana ade leleh leleh ni ha. Original jerk yang ada. Mak rajin buat dulu sebab arwah ayah suka kuih ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 1/2 cawan tepung pulut.
  • 1/2 cawan pulut hitam.
  • 1 sudu besar tepung gandum.
  • 1 cawan air dibancuh dengan masukkan air sikit-sikit dahulu.

Satukan kesemua bahan diatas dan bancuhkan dengan air. Masukkan air sedikit-sedikit dahulu mengikut tahap kelembutan tepung.

Bahan yang diperlukan untuk membuat inti:

  • 1 biji kelapa.
  • 1 cawan gula melaka.
  • 1 cawan air.
  • 2 sudu besar gula pasir.
Baca juga :  Dah ada menu minum petang? Apa kata kita buat pula Kuih Lopes Gula Melaka ni untuk keluarga tersayang.

Kacau semua sekali bagi sebati dan sehingga agak kering. Bila dah nak kering, boleh masukkan tepung jagung sesudu dan kacau sampai inti menjadi kering.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk bahagian Santan:

  • 2 cawan santan.
  • 3 sudu besar tepung beras.
  • 1 helai daun pandan.
  • 1 sudu teh garam.

Campurkan semua bahan kemudian kacau atas api hingga pekat. Bila dah pekat, boleh tutup api dan ketepikan.

Cara-cara untuk membuat Kuih Koci:

  1. Ambil adunan agak-agak sebesar guli lebihkan sikit. Leperkan dan masukkan inti kemudian bulat-bulatkan. Buat sehingga habis adunan dan inti.
  2. Didihkan air. Kemudian masukkan kuih tadi dan rebus sehingga ia timbul dipermukaan seperti membuat kuih buah melaka / onde-onde.
  3. Bila dah masak, angkat dan masukkan dalam santan yang telah dimasak tadi.
  4. Ambil daun pisang, letakkan sedikit minyak kemudian bungkuskan kuih koci tadi.
  5. Kukuskan selama lebih kurang 5 minit. Siap untuk dihidangkan!

Sedikit tips: Nak senang inti tu bulat-bulatkan dulu dan simpan didalam peti ais. Nanti senang inti tinggal masuk dalam tepung je. Selamat mencuba.

Baca juga :  Cara untuk membuat Horlicks Famous Amos Cookies. Biskut Raya yang sedap dan mudah disediakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.