Petua Mudah supaya bila memasak sotong ia tak mengecut. Cubalah!

Dalam peti ais saya harini ada sotong je nak masak untuk tengahari atau malam. Jadi nak kongsikan kepada anda semua bagaiamana nak bagi sotong tak mengecil saiznya bila dimasak.

Cara-caranya mudah sahaja:

  1. Mula-mula siang sotong buang semua tulang sotong.
  2. Selepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong tu supaya senang nanti tak ada la badan ke lain kepala ke lain.
  3. Rebus sotong 5 – 8 minit bersama 4 atau 5 keping asam keping. Hasilnya bila masak sotong tak hanyir dan saiznya maintain tak mengecut.
Baca juga :  Cara untuk membuat Aiskrim Durian yang enak dan mudah disediakan. Terpaling sedap beb!

TakĀ  ada la nanti masa beli besar sotongnya tapi bila dah masak kecil cenonet jadinya. Tak percaya, cubalah! Petua ini adalah dari Puan Zin Rose Perodua.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.