Cara memasak Sotong Stim Limau

Kecur air liur tengok gambar-gambar sotong ni kan? Apa lagi, jom la kita buat resepi Sotong Stim Limau ni. Ini resepi dan cara-caranya.

Cuci sotong sebersihnya. Buang tulang, dakwat hitam dan gigi sotong sekali.

Kemudian, kukus sotong bersama-sama:

  • Sebatang serai.
  • Daun ketumbar.
  • 1 Ulas Bawang putih.
  • Lengkuas.

Last sediakan kuahnya. Yang ini mengikut kehendak rasa masing-masing. Kalau nak pedas, tambah cili lebih. Kalau suka bawang putih banyak, tambah bawang putih lebih. Kalau nak kuah melimpah, asam limau kena banyak biji. Bergantung kepada selera masing-masing.

  • Bawang putih (cincang dadu).
  • Cili hijau/merah (potong halus).
  • Asam limau (5-6 biji).
  • Sos ikan (3 sudu).
  • Daun ketumbar.
  • Tomato.
  • Belacan.
  • Garam, gula, ajinomoto secukupnya mengikut rasa.
Baca juga :  Resepi Bujang - Telur Mata Sambal Hijau

Kukusan tadi, tapis air sotong. Jangan dimasukkan bersama dengan kuah. Nanti jadi cair dan tak sedap. Atau boleh je ambil satu sudu air sotong yang direbus untuk rasa manisnya air sotong semulajadi.

Kemudian tabur kuah pada sotong dan gaul bersama. Nanti cubalah rasa. Kalau rasa tak masam kaw lagi, boleh perah sedikit asam limau. Kalau rasa tak cukup pedas, boleh tambah cili lebih.

Mesti korang tahu macam mana nak dapatkan rasa mengikut selera masing-masing kan? Tambah rasa, tambah rasa dan rasa lagi sampailah jumpa satu rasa yang betul-betul kaw perghhh.

Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Pulut Panggang inti sambal ikan. Menu minum petang paling enak untuk anda sekeluarga!

Last, tabur sedikit daun ketumbar. Dan siap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.