Jom cuba cara buat kuah Shell Out Creamy Salted Egg ni. Pastikan buat banyak tau sebab tak cukup nanti!

Jom cuba cara buat kuah Shell Out Creamy Salted Egg ni. Pastikan buat banyak tau sebab tak cukup nanti! Memang sedap. Jom saya sharekan resepi ni.

Mula-mula kita rebuskan udang, sotong, ketam, sayur brocolli, carrot dan jagung. Pastikan rebus asing-asing ya. Jangan rebuskan sekali nanti tak sedap.

Bahan-bahan untuk kuahnya pula:

  • Bawang putih 6 ulas *tumbuk halus.
  • Halia besar ibu jari tumbuk halus.
  • Daun kari amik dlm 4 tangkai.
  • Serbuk kari ikan dalam 2 sudu makan.
  • Serbuk salted egg (Jenama bistari). Saya beli dekat shopee.
  • Buttercup separuh.
  • 1 tin susu cair sejat.
  • Gula sedikit dalam 2 sudu makan.
  • Serbuk secukup rasa.
Baca juga :  Cara memasak Kuah Sizzling Yee Mee yang super enak dengan hanya menggunakan kuali sahaja!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak kemudian masukkan daun kari dan gaulkan sebati.
  2. Kemudian masukkan bawang putih dan tumiskan sampai naik bau. Jangan sampai hangus ya.
  3. Kemudian masukkan halia dan sambung tumis. Massukkan serbuk kari ikan.
  4. Masukkan serbuk salted egg dan gaulkan sebati dengan menggunakan api kecil.
  5. Masukkan butter dam gaul-gaul sebati.
  6. Masukkan susu sejat, gula dan serbuk secukup rasa.
  7. Akhir sekali masukkan semua bahan-bahan yang dah direbuskan tadi. Kecuali jagung.

Dah siap. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.