Jom kite buat sendiri perencah ikan bakar padu dan sedap. Memang terbaik la resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Aisyah Humaira ni. Buat banyak-banyak kemudian simpan dalam chiller boleh tahan 2 minggu atau lebih. Jadi bila nak guna cuma ambil dan salutkan pada ikan dan bakar. Perghh mudahnya dan yang paling penting ianya pasti sedap!
Bahan-bahan Kisar:
- 6 biji bawa besar dan 3 ulas bawang putih.
- 6 keping hirisan lengkuas dan 2 inci halia.
- 2 inci kunyit dan 2 batang serai dihiris.
- 6 tangkai daun kesum ambil daunya sahaja.
- 2 inci belacan.
- Pes asam jawa secukup rasa.
- Garam dan gula secukupnya.
- Ikan kesukaan anda. Boleh guna cencaru, kembong, pari, sotong, siakap atau apa sahaja ikan yang anda nak.
- Daun pisang dan minyak secukupnya.
- 6 sudu besar penuh cili kisar atau secukupnya. Ini boleh agak-agak sendiri.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Panaskan minyak. Pastikan minyak lebih banyak dari bahan tumis baru perencah tahan lama dan bahan tumis masak dengan sempurna.
- Tumiskan bahan kisar dan cili kisar dengan api kecil sahaja sehingga pecah minyak. Sesekali kacau untuk elakkan bahan tumis kita hangus.
- Apabila dah pecah minyak baru kita masukkan bahan perasa dan kacaukan sehingga semua sebati. Dah siap perencah kita. Boleh la tutup api. Bila dah sejuk boleh la simpan tempat sejuk.
- Jadi untuk bakar ikan. Sediakan daun pisang, kita tuangkan sedikit minyak, perencah yang dah siap tadi kemudian kita ratakanya. Letakkan ikan ditengah-tengah dan tuang lagi perencah atas ikan dan ratakan.
- Tutup dengan daun pisang atau gulung ikan dengan daun pisang dan bakar dengan api sederhana sehingga masak. Siap dah ikan bakar kita.
Selamat menjamu selera semua.