Jom kita sarapan pagi ini dengan Tosei! Hilang la sikit rindu makan di kedai mamak.

Jom kita sarapan pagi ini dengan Tosei! Hilang la sikit rindu makan di kedai mamak. Dari arwah nenek sampai ke cucu semua belajar buat tosei ni. Alhamdulillah lembut tosei ni macam arwah buat tapi tetap tak boleh lawan kesedapan air tangan arwah nenek. Al fatihah untuk arwah nenek. Ni resepinya saya kongsikan. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Fatimah Saari. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan kacang ulunthu.
  • 1 cawan nasi sejuk.
  • 1 cawan tepung beras.
  • 1 sudu yis mauripan.
  • Garam secukupnya.
  • Air 3 cawan.
Baca juga :  Cara membuat Kerabu Sotong Masam Manis Pedas yang menyelerakan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Cuci kacang ulunthu dan rendamkan selama 5 hingga 6 jam. Bila dah kembang, kisarkanya sehingga halus bersama-sama dengan nasi sejuk.
  2. Masukkan garam sedikit kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam bekas lain dan bancuh bahan kisar bersama dengan air, tepung beras dan yis.
  3. Peramkan adunan kita tadi lagi semalaman dan pastinya ianya ditutup ya untuk menaikkan adunan kita.
  4. Bila dah peram semalam kita dan boleh masak. Sapukan kuali leper dengan minyak masak sedikit. Tuangkan tepung yang diperam satu senduk diatas kuali leper dan ratakan, biar garing bawah. Kemudian tutup api.
  5. Gulung atau lipatkan tosei kita waktu nak angkat tu. Dah siapĀ  dan boleh dihidangkan.
Baca juga :  Resepi Nasi Minyak Sunquick yang wangi dan tersangat sedap. Cubalah!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.