Penggemar tempe? Resepi ini memang sesuai untuk anda iaitu Sambal Tempe Petai Rangup!

Sambal tempe petai ranggup. Lauk ni kalau dah sejuk pun masih cruncy tau. Jom kita cuba semetara petai tengah banyak dijual. Tempat saya ni sepapan RM1 dorang jual. Terima kasih kepada Puan Siti Zubaidah Hassan kerana berkongsi resepi hebat ini. Selamat menjamu selera.

Bahan-bahan yang diperlukan mudah sahaja:

  • Cili merah besar 10 tangkai.
  • Bawang besar 5 biji

Kisarkan bersama 2 bahan di atas.

  • Tempe dipotong nipis dan digoreng garing.
  • Ubi kentang dipotong nipis dan digoreng garing.
  • Ikan bilis digoreng garing.
  • Petai secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumis bahan yang dah dikisar tadi sampai kering air dan garing.
  2. Masukkan gula, garam dan perasa jika suka. Lebihkan gula baru sedap dan sambung tumis lagi.
  3. Masukkan petai dan sambung goreng lagi dalam 1 minit untuk bagi petai masak sikit.
  4. Akhir sekali tutup api dan masukkan bahan-bahan yang dah digoreng tadi seperti ubi kentang dan tempe. Kacau bagi sebati semua dan bolehlah diangkat. Toskan minyak dulu baru boleh dihidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuey Teow Sup yang padu seperti di Kopitiam. Memang terbaik!

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.