Cara membuat Sambal Belacan Kedai Siam. Pembuka selera paling power!

Resepi Sambal Belacan Kedai Siam memang rasa dia lain daripada yang lain. Sedap dan memang boleh menambah-nambah nasi kalau makan. Apa kata kita cuba buat sendiri sambal belacan kedai siam ini.

1. Sediakan bahan-bahan di bawah:

  • Segenggam cili padi merah + hijau.
  • 1/2 biji bawang merah (saiz besar).
  • 1/4 keping kecil nisse / gula melaka.
  • 1 labu bawang putih jeruk. (Boleh diganti dengan seulas bawang putih).
  • 2 inci belacan.

2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar. Kemudian tambahkan:

  • 2 sudu besar cuka.
  • 1/2 sudu kecil garam.
  • 1/2 sudu besar gula.
  • Secubit dua ajinomoto.
  • Sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat).

Kuantiti garam dan gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri.

Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Belacan yang paling syahdu disebabkan kesedapnya yang tak terhingga!

3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis. Siap!

Rahsianya nak hasilkan rasa serupa seperti sambal belacan kedai Siam, bawang dan belacan jangan dibakar seperti kebiasaan membuat sambal belacan. Betul-betul sedap. Selamat mencuba.

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Afy Al Habibi. Terima kasih ya.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.