Resepi Rendang Ayam yang super sedap. Kali ni kita guna ayam pencen pula! Memang lembut rasanya.

Resepi kali ni kami nak kongsikan cara untuk membuat Rendang Ayam Pencen. Rendang jenis ayam pencen ni tahan lama sebab dagingnya agak liat namun bagi penggemar ayam pencen. Jangan dipelawa, tak cukup sepinggan nanti. Selamat mencuba. Terima kasih kepada empunya resepi iaitu Puan Alia Azhari.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Ayam pencen, serai, cili kering, cili padi, lengkuas, halia, kunyit hidup, bawang kecil merah, bawang putih, daun kunyit, santan cair dan pekat, kerisik, gula nise.

Cara-cara untuk menyediakanya adalah seperti dibawah:

  1. Cili kering digunting, rebus kemudian di kisar halus.
  2. Serai diketuk. Cili padi, Lengkuas, halia, kunyit hidup ditumbuk sehingga lumat.
  3. Bawang kecil merah dan bawang putih dihiris. Kemudian tumiskan serai sehingga wangi dan kekuningan barulah dimasukkan cili kisar dan tumis lagi sampai pecah minyak.
  4. Masukkan ayam pencen yang dah dibersihkan kemudian masukkan pula hirisan bawang dan semua bahan yang dah ditumbuk tadi.
  5. Masak ayam sampai kecut dan air ayam kering. Ayam pencen ni liat jadi ambil masa sedikit nak masak ya.
  6. Masukkan santan cair dan santan pekat.
  7. Masukkan daun kunyit, kerisik, gula nise.
  8. Perasakan dengan garam, masak sampai santan pecah minyak, rendang kering/separuh kering, tabur hirisan daun kunyit.
  9. Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Resepi Ayam Buttermilk yang sedap dan menyelerakan

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.