Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat Bubur Ayam paling sedap. Memang selalu buat untuk anak-anak. Peberet diorang. Sapa yang anak berat tak naik boleh la cuba pelbagaikan menu untuk anak-anak. Mak Pak pun tumpang la sekaki.

Resepi ini telah dikongsikan kembali oleh Ana Mariana Ismail dan gambar oleh Kak Su. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 pot beras – masak dulu supaya bubur lagi cepat masak (kaksu guna beras wangi).
  • 1 batang lobak merah – potong dadu.
  • 2 keping dada ayam – rebus dan carik (air rebusan ayam boleh guna masak nasi).
  • Kiub pati ayam tanpa MSG.
  • Bawang putih – cincang halus.
  • Lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa.
  • 1 inci halia – ketuk.

Cara untuk membuatnya:

  1. Mula-mula rebus beras atau nasi dgn halia & kiub ayam smpai jadi bubur. Kalau air kering tambah la yer. Kaksu rebus ayam dulu,sebab nak ambik air rebusan ayam masak nasi.
  2. Pastu masukkan carrot & isi ayam.Isi ayam ni kalau suka blh simpan skit utk tabur atas bubur msa nk mkn tu.
  3. Masukkan lada sulah, lada hitam (nk guna lada hitam tumbuk pun blh) dan garam secukup rasa.
  4. Panaskan minyak, goreng bawang putih cincang untuk buat minyak bawang putih.Goreng sampai garing sikit jer. Jangan hangit lak.
  5. Pastu tuang minyak bawang putih dalam periuk bubur.
  6. Kacau sebati. Siap untuk dinikmati.
  7. Masa nak makan, boleh letak bawang goreng, daun bawang, isi ayam, minyak bawang putih dan lada hitam dan renjis minyak bijan. Ni kena ada kalau nak sedap.

Selamat mencuba! Silalah kongsi kalau bermanfaat untuk yang lain cuba.