Resepi Mee Goreng Basah Sedap dan Mudah. Sesuai sebagai menu minum petang anda sekeluarga.

Resepi Mee Goreng Basah Sedap Meletops dan mudah! Jom cuba.

Bahan bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 pek mee kuning.
  • Isi ayam potong kecil (ambil bahagian kepak,peha dan campur sikit dada).
  • Daun kucai.
  • 1 biji buah tomato – potong kasar.
  • 8-9 ulas bawang putih – ditumbuk.
  • Segenggam cili kering ( potong, rendam, kisar. Time kisar letak air lebih sikit.
  • Kicap manis mudim.
  • 1 sudu kecil Garam.
  • 5 sudu kecil gula.
  • 5 sudu besar Minyak masak.

Cara-cara membuatnya:

  1. Tumis bawang putih yang ditumbuk sehingga wangi. pastu masukkan ayam. Goreng kejap bagi isi ayam nampak putih.
  2. Selepas tu boleh la Masukkan cili kering yang dikisar tadi, lepastu boleh terus masuk gula, garam, kicap. Nak bagi warna cantik kicap jangan kedekut sangat.
  3. Tunggu sampai mendidih dan nampak macam pekat dah. Rasa sikit ok ke tak. Lepastu Masukkan mee dan gaul sebati.
  4. Jangan tinggal mee tu. Gaul ja dia sampai agak-agak bersalut dah dan kuah agak nak kering tu. Lepaskan tomato dan daun kucai yang dah di potong tu.
  5. Gaul dalam 2 minit kemudian tutup api. Siap.
Baca juga :  Mee Goreng Basah Berlauk Ayam ni kalau dah rasa memang boleh ketagih!

p/s: Jangan sampai kering tau. Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Hajar. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.