Kebiasaanya Churros ini dimakan bersama-sama gula halus atapun yang paling popular adalah bersama serbuk kayu manis atau cinnamon. Macam-macam gaya ada, ada yang makan dengan susu pekat pun jadi. Jom kita tengok resepi dan cara untuk menyediakan Churros ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu besar marjerin.
  • 1 sudu besar gula.
  • 1 cawan air.
  • 1 biji telur.
  • 1 sudu kecil esen vanilla.
  • Secubit garam.

Cara-cara untuk menyediakanya pula adalah seperti berikut:

  • Masak air, marjerin, gula & garam.
  • Selepas tu masukkan tepung gandum kacau sampai sebati. Tutup api dan masukkan telur.
  • Tekan menggunakan acuan semperit.
  • Goreng sampai perang dan taburkan gula / serbuk kayu manis kalau suka dan yang paling heaven cicah dengan coklat.