Resepi Mayonis Parsley dan Sos Bawang Putih Homemade

Saya tak berapa suka beli mayonis dari kedai. Kalau buat sendiri boleh buat macam-macam perisa dan tak perlu risau kandungan gula. Sos bawang putih ala Arab saya buat sekali agar tak terbuang putih telur sebab kuningnya saya guna untuk Mayo.

Kalau simpan dalam fridge, dua-dua sos ni InshaAllah tahan seminggu. Biasanya bagi kami, tak sempat habis seminggu dah khatam. Sos-sos sedap untuk sapu dalam wrap, atau dicicah sayuran dari air fryer dan macam-macam lagi. Saya guna emulsion / stick blender. Kalau tak ada, guna blender biasapun boleh, InshaAllah.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Mayonis Parsley.

  • 1 biji kuning telur.
  • 1 ulas bawang putih.
  • 1 Sudu besar jus lemon segar.
  • Sedikit garam dan madu (secukup rasa).
  • Minyak sayuran 200ml.
  • 1/2 genggam parsley di racik.
Baca juga :  Resipi Mudah Takoyaki Tanpa Acuan yang kita semua boleh cuba. Terbaik dan padu untuk dimakan bersama keluarga.

Mula-mula blend kuning telur dengan bawang putih, jus lemon, garam dan madu. Bila dah bersatu semuanya, alirkan minyak sedikit demi sedikit sambil teruskan memblend. Jika terlalu cair, tambah sedikit lagi minyak hingga dapat konsistensi yang diingini. Akhir sekali, masukkan parsley dan teruskan blend hingga halus. Siap untuk digunakan.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Sos Bawang Putih (Toum).

  • 7 ulas bawang putih.
  • 1 putih telur.
  • 2/3 cawan minyak sayur.
  • 1 camca besar jus lemon.
  • Garam sedikit.

Blend dahulu putih telur dengan bawang putih yang telah dikupas dan dihiris. Bila bawang putih sudah halus, sambil terus memblend, masukkan minyak dengan aliran tetap perlahan-lahan. Adunan akan memekat. Teruskan aliran minyak hingga adunan agak kental. Sos toum ni lebih kental dari mayonis. Akhir sekali, masukkan garam dan jus lemon. Blend hingga sebati. Sedap dihidang dalam wrap, dengan kebab, dicicah ayam goreng dan sebagainya.

Baca juga :  Resepi Sotong Sumbat Masak Merah yang sangat menyelerakan dan sedap tak terkata.

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Ida Alina Salleh melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.