Cara untuk membuat Murtabak Ayam atau Daging. Mudah dan enak untuk selera anda sekeluarga.

Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Murtabak Ayam atau Daging. Mudah dan enak untuk selera anda sekeluarga. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Yanie Mansor. Moga bermanfaat.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Kulit popia secukupnya.
  • Isi ayam atau daging dicincang.
  • 3 biji kentang di potong dadu.
  • 3 sudu makan rempah kari.
  • 1 ulas bawang putih.
  • 2 biji bawang besar di potong dadu.
  • Daun sup dan daun bawang secukupnya.
  • Garam dan Gula secukupnya.
  • 2 biji telur ayam.

Cara memasak inti murtabak:

  1. Tumiskan bawang yang telah dipotong dadu kemudian masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
  2. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan-bahan yang dimasak. Jangan lebih nanti inti akan menjadi lembik.
  3. Masukkan gula dan garam dan masak sehingga kering.
Baca juga :  Resepi Kailan Pekasam Daging

Untuk membalut murtabak:

  1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan-bahan inti yang dimasak tadi.
  2. Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau hingga sebati.
  3. Balut dengan kulit popia. Sedia untuk digoreng di atas kuali leper atau pan.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.