Dalam seminggu dua ni selalu beli ayam gunting dekat dengan rumah ni. Nak jadikan rezeki saya hari ni terdetik di hati nak tanya guna serbuk apa tabur atas ayam tu sebab rasa lain dan memang sedap.
Jadi brother tu cakap dia pun orang yang ajar dan bagi resepi ni untuk dia meniaga dengan percuma. Jadi saya tolong kongsikan resepi ni untuk semua. Semoga Allah murahkan lagi rezeki brother ayam gunting tu.
Cara ini telah dikongsikan oleh Encik Are Peace.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Isi ayam yang dipotong nipis-nipis.
- 1 kotak kecil tepung goreng ayam.
- 1 1/2 cawan serbuk roti.
- Telur ayam.
Cara membuatnya:
- Campurkan tepung menggoreng ayam bersama dengan serbuk roti. Sebatikan kemudian masukkan isi ayam yang telah dihiris nipis-nipis. Gaulkan sehingga semua tepung meliputi daging ayam tadi.
- Kemudian celupkan isi ayam bersalut tepung tadi kedalam telur ayam dan masukkan kembali kedalam tepung sebelum digoreng. Pastikan proses ini anda buat sekeping demi sekeping ya. Jangan masukan semua ayam tu dalam tepung pulak nanti.
- Goreng sehingga masak dan warna menjadi kuning keemasan kemudian angkat dan toskan minyaknya.
taburkan serbuk perasa sedap ayam gunting yang akan kita buat seperti resepi dibawah ini.
Baca juga : Guna Air Fryer Pun Boleh Hasilkan Ayam Bakar Blackpepper Tau. Ini cara untuk membuatnya!
Bahan dan cara untuk membuat serbuk ayam gunting:
- 1 kiub ayam.
- 2 sudu besar serbuk paprika. Kalau suka pedas boleh tambah serbuk cili.
- Keropok Twisties Perasa BBQ Curry. Guna separuh sahaja.
- 1/2 sudu besar serbuk lada hitam.
- 1 sudu besar gula.
Cara-caranya mudah sahaja. Kisar kering semua bahan diatas sehingga halus dan bila dah siap boleh taburkan diatas ayam gunting kita tadi. Siap.
Selamat mencuba semua.