Cara untuk membuat Apam Balik yang sangat gebus gebas.

Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Apam Balik yang sangat gebus gebas. Tengok gambar pun dah tau konfem lembut dan gebu.

Terima kasih kepada Marlyssa Pariss yang berkongsi resepi terbaik ni. Selamat mencuba semua.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 250 gm tepung gandum.
  • 300 ml air.
  • 4 sudu mkn gula.
  • 1 sudu teh yis.
  • 1 sudu teh baking powder.
  • 1 sudu teh bikarbonate of soda.
  • 1 sudu teh esen vanilla.
  • 2 biji telur.
  • Sedikit warna kuning.

Bahan-bahan untuk inti/tabur:

  • Gula.
  • Susu manis.
  • Kacang tanah yang ditumbuk.
  • Jagung jenis krim.
  • Marjerin untuk menyapu permukaan apam balik.
Baca juga :  Cara membuat Kuih Badak Berendam

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan kesemua bahan kering dan sebatikan. Kemudian, masukkan air dan telur.
  2. Gaul hingga sebati. Boleh juga guna mixer ataupun blender. Kemudian, perapkan selama lebih kurang 2 hingga 3 jam atau lebih. Biar diluar saja tanpa menyimpan dipeti sejuk.
  3. Saya mengguna frypan non stick. Menggunakan api sederhana. Tutup frypan dengan tudung periuk supaya apam akan masak dengan cantik dan sekata.
  4. Bila dah masak, sapu dengan marjerin dan tabur dengan bahan-bahan inti.

Selamat mencuba. Sharekan kepada yang lain ya.

Baca juga :  Cara untuk membuat Apam Balik Garing diluar dan gebu didalam yang sedap dan mudah disediakan. Jagung mesti lebih baru sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.