Harini misi tak nak makan nasi. Jadi tuan suami subuh-subuh lagi pergi potong daun pandan untuk cheyah. Yelah nak buat ayam pandan kenalah guna daun pandan.

Cheyah buat cicah dengan sos cili lebihan buat ayam hainan semalam. Perghhhh sedap wei merecik hawau. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 keping dada ayam (potong dadu).
  • 12-15 helai daun pandan.
  • 5-6 ulas bawang putih.
  • 3 biji bawang merah.
  • 1/2 inci halia.
  • 1/2 sudu kecil lada hitam.
  • 1 sudu makan sos ikan.
  • 1 sudu makan sos tiram.
  • 2 sudu makan kicap masin.
  • 2 sudu makan kicap manis.
  • Secubit garam.
  • 1 sudu kecil gula.
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara penyediaannya:

  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan lada hitam sehingga lumat. Masukkan le dalam ayam tadi.
  2. Kemudian, tambahkan kesemua bahan lain. Kacau sehingga sebati. Perapkan selama 30 minit.
  3. Ambil daun pandan. Buat segi tiga bucu, masukkan ayam dan tutup ayam dengan masukkan daun pandan ke poket dan selit kat belang.
  4. Goreng sehingga ia masak. Dah siap untuk dihidang bersama nasi ataupun cicah sos apa kesukaan anda. Selamat mencuba!