Resepi Ringkas untuk Membuat Kepah Masak Masam Manis

Ada peminat kepah tak kat sini. Kali ni kami kongsikan kepada anda Resepi Ringkas untuk Membuat Kepah Masak Masam Manis. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 500 g kepah (dibasuh dan ditoskan).
  • 3 ulas bawang putih dicincang.
  • 1/2 inci halia potong memanjang.
  • 2 sudu besar sos tomato.
  • 2 sudu besar sos cili.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • 1/4 biji bawang besar potong memanjang.
  • 1 pohon daun bawang.
  • 1 biji cili besar merah potong serong.
  • Garam dan gula secukup rasa.
Baca juga :  Cara untuk membuat menu makan malam yang ringkas. Ikan Goreng Berkuah Masam-masam manis.

Cara penyediaannya:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan hali sehingga kekuningan.
  2. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram.
  3. Tambahhkan bahan perasa gula dan garam. Boleh letak sedikit air.
  4. Baru masukkan kepah, kacau dan biarkan sehingga ia masak. Tanda ia masak bila dah terbuka ternganga sedikit.
  5. Boleh masukkan bahan hiasan dan kacau sebati bagi sedikit kering dan siap! Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.