Jika anda peminat gula-gula Dynamite, maka anda wajib cuba resipi aiskrim viral ini. Kalau anda mencari pemanis mulut yang fresh dan berangin, resipi aiskrim ini adalah antara yang wajib anda cuba.

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair.
  • 1 tin susu pekat manis.
  • 4 tin air.
  • 1/2 sudu kecil garam.
  • 5 sudu besar tepung ubi (dibancuh terlebih dahulu).
  • Pewarna makanan biru.
  • Gula-gula Dynamite secukupnya.

Cara penyediaan:

  1. Masukkan bahan yang bertanda * ke dlm periuk, kacau bagi sebati.
  2. Kemudian didihkan di atas api sederhana sehingga mendidih.
  3. Sentiasa kacau supaya tidak berkerak.
  4. Dah mendidih, masukkan air tepung ubi dan pewarna biru ke dalam susu tadi.
  5. Kacau-kacau supaya sebati dan mendidih sekejap.
  6. Tutup api, sejukkan dan tapis ke dalam jug.
  7. Masukkan dua biji gula Dynamite yang telah diketuk hancur, ke dalam plastik aiskrim.
  8. Tuang susu biru ke dalam plastik, simpul bagi kemas siap.

Hasil akhirnya adalah seperti di bawah, menarik bukan?