Cara Nak Buat Ais Krim Pelangi Paddle Pop. Mudah dan murah untuk anda sekeluarga.

Apa kata kalau kita buat sendiri ais krim ‘paddle pop’ pelangi ini, boleh menggamit memori waktu kanak-kanak dulu, lagi seronok dapat makan bersama anak kita sendiri.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Page Aneka Resepi. Terima kasih.

Bahan – bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 1 tin Susu cair/susu segar.
  • 3 sudu Susu pekat.
  • 2 sudu Gula.
  • 1 sudu Ovalette.
  • Pewarna.

Cara untuk membuatnya:

  1. Mix semua bahan-bahan, pukul sehingga sebati. kami guna mixer, tapi bila lambat sangat nk sebati tu, kami blend je guna blender.
  2. Then, asingkan adunan kepada 4 bahagian (sebab kami guna 4 jenis warna). Setiap bahagian, masukkan pewarna yang anda pilih.
  3. Masukkan adunan warna mengikut urutan yang anda suka ke dalam acuan aiskrim. Tak kisah nak start with yellow dulu ke, green ke, yang penting, last sekali nampak macam pelangi (paddle pop).
  4. So, dah siap. Boleh masukkan acuan aiskrim tu ke dalam tempat beku peti ais rumah anda.
Baca juga :  Cara untuk membuat Popia Goreng Sira yang garing dan tahan lama tanpa lemau!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.