Resepi Homemade Aiskrim Vanilla

Kali ini kami kongsikan kepada anda resepi untuk membuat aiskrim perasa vanilla. Dijamin sedap dan mudah untuk membuatnya.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 tin susu cair.
  • 1/2 tin susu pekat (ikut kesesuaian).
  • 1 sudu ovalette (lihat gambar).
  • 1 sudu kecil esen vanila (lihat gambar).

  • Campurkan kesemua bahan di atas dan putarkan dalam mixer dengan kuasa yang paling perlahan ke kelajuan maksimum selama 5 minit.
  • Pastikan bahan yang diadun tadi menjadi gebu dan ringan. Kemudian masukkan ke dalam bekas. Kalau ada acuan ice cream lagi molek. Simpan aiskrim cair kita tadi di dalam peti ais selama 4-  5 jam untuk membekukanya.
  • Siap dan bolehla rasa hasil air tangan anda tadi. Selamat mencuba.
Baca juga :  Cara untuk membuat Air Sunquick Oren yang sangat sedap ala-ala Vitagen. Penyegar badan anda selepas seharian berpuasa!

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Rusmina Damin melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.