Cara untuk membuat Bebola Kentang berinti keju. Sangat mudah dan pasti menjadi kesukaan anda sekeluarga!

Minum petang kami anak beranak hari ni. Mudah sangat, bahan pun tiada yang pelik-pelik. Jom kita cuba buat sendiri Bebola kentang cheese cara saya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Tina Jair. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 8 biji kentang direbus dan dilecek.
  • Sedikit garam.
  • Sedikit serbuk lada sulah.
  • ¾ cawan tepung jagung.
  • 1½ cawan tepung gandum.
  • Mozarella cheese (potong kiub).
  • Tepung Bestari secukupnya.
  • Breadcrumb secukupnya.
  • Sebiji Telur ayam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Rebus kentang hingga empuk kemudian lecek kentang semasa ianya masih panas-panas. Tambahkan sedikit garam dan lada sulah. Seimbangkan rasa mengikut selera anda.
  2. Tambahkan tepung jagung dan tepung gandum. Uli hingga jadi doh. Bulat-bulatkan doh kentang tadi kemudian isikan kiub mozzarela cheese kedalamnya.
  3. Kemudian, salutkan bebola tadi mengikut urutan ni. Ulang 2x ya. Tepung bestari >> Telur >> Breadcrumb.
  4. Dah selesai buat step ni, bolehlah korang goreng. Makan panas-panas sedap banget deh.
Baca juga :  Cara untuk membuat Popia Carbonara Frozen yang akan memudahkan anda menyediakanya kelak.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.