Tips untuk membuat Salutan Ayam Goreng yang Rangup dengan Tepung Bestari Sahaja!

Tips untuk membuat Salutan Ayam Goreng yang Rangup dengan Tepung Bestari Sahaja! Tips dan cara ini telah dikongsikan oleh Puan Nrl Intan Syafinas. Selamat mencuba.

Bahan-bahan utama:

  • Ayam secukupnya dan dibersihkan.
  • Tepung Bestari Original. Nak guna spicy pun boleh ikut selera masing-masing.
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Perapkan ayam dengan tepung bestari selama setengah jam. Ok yg ni kena fahamkan jangan la letak 1 plastik tepung nak perap tu. Agak-agak ayam banyak mana, banyak tu la tepungnya ya. Bancuh tepung tu dengan air dan masukkan ayam untuk diperap. Lagi lame ayam diperap lagi rasa juicy tau. Tapi kalau tak nak perap lama pun tak apa dalam 10 minit pun dah ok. Saya tak bancuh dengan telur tau sebab kalau letak telur minyak goreng akan jadi cepat hitam . Jangan letak garam atau perasa sebab tepung bestari ni dah masin.
  2. Tepung kering kita menggunakan tepung bestari juga. Pastikan guna bekas yang besar sebab senang nak gaul ayam nanti.
  3. Ambil ayam yang dah diperap tadi dan masukkan ke dalam tepung kering kemudian gaul sama rata. Masa ni tekap ayam dengan tepung bagi tepung tu bersalut dengan ayam keseluruhannya.
  4. Sediakan bekas atau mangkuk dan isi air di dalam bekas tersebut. Air sejuk atau air paip tu terpulang. Masukkan ayam yang bersalut tepung tadi ke dalam dan rendam ayam tu jangan lama tau. Celupkan sekejap je dalam 2 saat.
  5. Angkat ayam yang direndam tadi dan toskan. Lepas tu masuk semula dalam tepung kering dan gaulkan rata kembali. Tepung kena banyak ye jangan sikit nanti tak jadi kerinting ayam yang rangup tu.
  6. Goreng ayam ni kalau boleh guna periuk sebab kejadian ayam bila digoreng dalam periuk dengan minyak yang banyak akan menjadi cantik. Pastikan minyak kena banyak sikit bila goreng ayam tu supaya tak ada la hangit ayam tang bawah tu.
  7. Dah siap. Boleh la makan bersama yang tersayang atau bersama menu yang lain.
Baca juga :  Resepi mudah untuk membuat Ayam Goreng Mangga Muda bersama sosnya yang sedap. Terbaik untuk cicahan anda.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.