Teringin Nasi Briyani? Jangan risau resepi ini gerenti menjadi dan pastinya mudah disediakan!

Teringin Nasi Briyani? Jangan risau resepi ini gerenti menjadi dan sedap. Senang sangat buat nasi briyani guna perencah maggi. Siapa penah try? Dimakan pula bersama dengan jelatah dan pajeri. Memamng terlajak 2 pinggan. Punah la bagi yang berdiet hari ni. Resepi ini adalah kepunyaan Mak Su. Selamat mencuba.

Bahan-bahan A untuk Nasi Briyani:

  • 2 sudu minyak sapi.
  • 1 biji bawang besar dihiris.
  • 4 rempah sekawan.
  • 1 inci halia dihiris.
  • 1 pek perencah nasi briyani maggi.

Cara-cara penyediaan Nasi Briyani:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan diatas sehingga naik bau dan garing.
  2. Masukkan perencah Maggi 90 gram (1pek) dan kacau seketika.
  3. Masukkan bahan tumis kedalam periuk nasi letrik.

Bahan-bahan B untuk Nasi Briyani:

  • 3 cawan beras basmathi di rendam 10 minit.
  • 1/2 ekor ayam dipotong.
  • 2 biji kentang dipotong.
  • 1 biji tomato dipotong dadu.
  • Telur ayam siap direbus.
Baca juga :  Cara untuk membuat Resepi Telur Bistik yang ringkas

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan diatas kecuali telur. Kacau semua bahan sehingga sebati dengan bahan tumis tersebut.
  2. Kemudian letakkan telur yang siap direbus dipermukaan beras.
  3. Setkan rice cooker seperti masak nasi biasa. Lebih kurang 20 minit selepas masak nasi, gemburkan nasi dengan senduk dan ditabur gajus, daun parsley, kismis.
  4. Dah siap Nasi Briyani kita dan sedia untuk dihidangkan.

Bahan-bahan dan cara untuk membuat Jelatah:

  1. Sediakan Timun, Tomato, Bawang besar, Nanas, Cili besar, Sedikit sos cili, Sedikit kacang tumbuk, Sedikit garam dan Sedikit gula.
  2. Hiris bahan diatas dan masukan sos dan bahan perisa. Sesuaikan rasa masin, manis bagi seimbang. Dah siap jelatah kita

Selamat mencuba semua.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.