Cara untuk membuat Acar Jelatah yang sangat ringkas tapi sedap. Hanya perlukan 5 minit sahaja.

Memang mudah dan sedap. 5 minit sahaja dah siap dan boleh nikmati dengan gandingan nasi minyak, nasi tomato atau nasi beriyani.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Hamizah Hassanudin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Timun 2 biji.
  • Nanas setengah biji kecil.
  • Bawang merah 3 biji.
  • Cili merah 1-2 biji.
  • Tomato 2 biji.
  • Garam sesudu.
  • Gula 1-2 sudu makan.
  • Sos cili 1 sudu.

Cara-cara untuk membuatnya:

1. Potong timun ikut suka cara masing-masing. Nak petak, belah tengah, bujur sirih mahu pun bulat. Janji boleh ngap tak tercekik.

2. Lepastu masukkan nanas. Potong nanas pun ikut cara kesukaan masing-masing juga.

3. Hiris bawang nipis-nipis. Letakkan sekali dalam bekas tu tadi.

Baca juga :  Rindu Nasi Kenduri? Jangan risau ini resepi lengkap Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah untuk anda!

4. Letakkan tomato pulak. Sama jugak potong la cara mana pun.

5. Cili merah hiris nipis-nipis jugak tau. Kalau nak pedas boleh letak cili padi sikit.

6. Masukkan dua sudu gula. Ikut banyak mana bahan yang kite guna tu tau.

7. Garam sikit bagi balance rasa semua.

8. Masuk kan 1-2 sudu sos cili kat dalam tu. Taknak letak pun boleh. Nanti kaler dia putih je la. Kalau letak sos cili kaler dia akan jadi merah merah sikit.

9. Campurkan semua bahan tadi. Gaul sehingga sebati.

10. Gaul semua bahan yang telah disatukan tadi. Boleh saja, gunakan tangan atau sudu. Sudah siap. Senangkan. Terus makan dengan nasi minyak,nasi beriyani ape jenis nasi pun bolehh ajerr. Selamat mencuba yek 😍

Baca juga :  Cara lengkap untuk membuat Nasi Air Pantai Timur. Pasti tak cukup semangkuk nanti.

Tips:

Jangan tambah air di dalam acar kerana dengan perlahan air dari buah nenas, tomato dan timun akan keluar sendiri. Sesetengah orang ada yang suka letak kacang tanah dan untuk rasa lebih pedas boleh letak hirisan cili padi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.