Sarapan apa esok? Kalau belum ada menu jom cuba Nasi Goreng Thai. Puas hati punya!

Serius sedap Nasi Goreng Thai ni tau. Nak cuba? Ini resepinya untuk anda semua. Selepas ni sudah boleh masak sendiri Nasi Goreng Thai kalau nak makan. Tak susah pun, campak-campak je dah siap. Cubalah resepi yan telah dikongsikan oleh Puan Khadijah Jaafar ini. Jom kita masak.

Bahan-bahan untuk Nasi Goreng Thai:

  • 1 mangkuk besar nasi.
  • 1 mangkuk kecil isi ayam/udang/sotong.
  • 3 ulas bawang putih – dicincang.
  • 6 biji cili api – dihiris.
  • 3 helai daun limau purut dihiris halau.
  • Sayur lobak merah dipotong kecil.
  • Kacang panjang/kacang buncis – dipotong kecil.
  • 1 sudu besar kicap cair dan 1 sudu besar sos tiram.
  • 1/2 sudu besar sos ikan dan sedikit Garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili api. Kacau sekejap.
  2. Masukkan ayam, daun limau purut, lobak merah dan kacang buncis. Masak lagi seketika baru masukkan sos tiram, kicap cair dan sos ikan. Masak lagi sehingga ayam kita masak elok. Kalau ada udang atau sotong boleh gantikan ayam tu, lagi sedap nasi goreng kita nanti.
  3. Kemudian, masukkan nasi dan gaulkan sebati sehingga semua bahan dan rasa mesra bersama. Boleh perasakan dengan sedikit garam kerana sos tu dah memang masin. Kalau bagi yang suka ajinomoto boleh la letak ikut selera anda.
  4. Masak lagi sehingga anda puas hati dan kena dengan selera anda dah siap.
Baca juga :  Resepi Nasi Goreng Tomyam Mudah dan Sedap. Lapar malam-malam bolehlah cuba menu ni!

Sedap dihidangkan panas-panas dengan telur dadar, sayur & keropok. Selamat memasak dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.