Sweet Potato Bun ni kalau dicicah bersama Kopi O memang terbaik. Jom kita cuba buat sendiri!

Roti Kentang manis ataupon Sweet Potato Bun. Kalau buat sarapan atau minum petang cicah dengan air kopi o memang sedap sangat. Nak-nak waktu time hujan. Syahdu je melayan keenakan sweet pototo bun ni. Jom kita cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Hidayati Hana. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 60gm ubi kentang direbus dan dilecek.
  • 1 biji telur ayam.
  • 50gm gula.
  • Sedikit garam.
  • 70gm air sejuk.
  • 250gm tepung high protein atau tepung roti.
  • 1 sudu kecil yis.
  • 30gm marjerin.

Bahan untuk Krim Kastard:

  • 100gm susu cair.
  • 1 sudu besar gula.
  • 1 sudu besar tepung kastard dicampur sedikit air.
Baca juga :  Resepi Bun Manis dan Cara membuat Roti Sisir

Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga adunan menjadi pekat sedikit. Kemudian masukkn ke dalam piping bag dan sejukkan sekejap.

Cara-cara untuk membuat Sweet Potato Bun:

  1. Masukkan bahan-bahan mengikut turutan diatas kedalam bread maker atau mixer. Ulikan sampai adunan menjadi elastik.
  2. Kemudian, perapkan adunan tadi selama lebih kurang 1 jam.
  3. Bila dah siap perap, bahagikan adunan setiap doh dalam anggara 30gm untuk 16 biji.
  4. Bentukkan bulat dan susun dalam loyang 8″. Biarkan roti mengembang 2x ganda.
  5. Pipekan krim kastard yang kita dah buat tadi atas roti. Kemudian, bakarkan pada suhu 180 darjah selama 25 minit.
  6. Bila dah siap bakar, sapukan marjerin cair atas roti untuk menaikkan serinya. Dah siap.
Baca juga :  Begini caranya untuk membuat Roti Arab ala Roti Nan yang sangat gebu dan sedap. Cicah dengan kari padu beb!

Selamat mencuba! Jangan lupa kopi O ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.