Ada penggemak Kek Span pandan tak? Jom kita cuba resepi Kek Span Pandan Santan paling sedap dan gebu ini!

Siap sebiji kek span pandan santan sebagai kudapan hari ini. Dari pagi tadi cari kek readystock semua pakat tak jumpa dengan selera. Last sekali kita on mixer dan buat sendiri je lah. Kekdahnya jadi la sebuah kek yang sedap dan gebu gebas berlemak. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Fatimah Saari. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Telur ayam 4 biji.
  • 1 cawan tepung gandum +ditambah bikarbonat Powder 1 sudu kecil di ayak bersama.
  • 1 sudu besar ovelet.
  • 1/3 cawan santan pekat kotak.
  • 1 cawan gula.
  • Emulco pandan sesudu.
  • Pewarna hijau 2 hingga 3 titik.
  • Minyak masak 5 sudu besar.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Ikan Bilis Kacang Buncis. Resepi yang sangat mudah disediakan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mix semua bahan kecuali minyak selama 10 minit sampai adunan menjadi kembang dan berkrim.
  2. Kemudian, masukkan minyak masak dan kaup balik je.
  3. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang 8”  dan bakar selama 45 minit pada suhu 170  darjah.
  4. Bila dah siap bakar terus keluarkan dari loyang ye kalau tak nanti susah nak keluarkan. Insya Allah Gebu gebas kejadiannya.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.