Resepi Apam Pisang yang pastinya tak jemu untuk dimakan.


Kami kongsikan kepada anda Resepi Apam Pisang yang pastinya tak jemu untuk dimakan. Terima kasih kepada Puan Anna Rozza kerana berkongsi resepi yang mudah ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan A:

  • 1 1/2 cawan pisang Emas@Berangan yg di lenyek.

Bahan-bahan B:

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat.

Ayakkan kesemua bahan di atas.

  • 1 cawan minyak masak.
  • 1 cawan gula pasir.
  • 3 biji telur ayam.
  • 1 sudu kecil esen pisang@esen vanilla.

Blendkan kesemua bahan sehingga betul-betul kembang.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan Bahan A, B dan bahan yang telah dikisar tadi. Gaulkan sehingga sebati baru didihkan di atas periuk pengukus.
  2. Masukkan 3/4 adunan ke dalam acuan yang telah disapu sedikit minyak kemudian kukuskan selama 20 minit. Boleh letak hirisan pisang diatas adunan sebagai hiasan.
  3. Sejukkan dan baru keluarkan apam pisang kita dari acuan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Getas / Gegetas. Anak-anak pasti suka.

Siap dah. Selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.