Roti Cinnamon Roll Yang Mudah dengan Menggunaan Roti Paratha Segera Sahaja! Sedap Beb.

Roti Cinnamon Roll Yang Mudah dengan Menggunaan Roti Paratha Segera Sahaja! Sedap Beb. Bila orang kasi resepi mudah ni jom la kita cuba. Bahan-bahannya pun senang untuk kita dapatkan dan yang penting sekeluarga suka. Jom cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Shida Ambok ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Roti Paratha atau Roti Canai Segera Jenama Kawanku.
  • Serbuk Kayu Manis.
  • Butter dan Gula perang secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Cantumkan penghujung dua keping roti paratha segera di atas pan atau kuali leper yang telah disapu dengan sedikit mentega.
  2. Kemudian, sapukan mentega pada keseluruhan permukaan roti parahta kita tadi.
  3. Taburkan Serbuk Kayu Manis (cinnamon powder) di atasnya Roti Paratha mengikut jumlah yang anda suka. Kalau keluarga saya, lagi banyak lagi sedap. Kemudian, taburkan pula gula perang dikawasan yang sama dan ratakan.
  4. Gulung roti paratha sebelum kita potong-potong dia.
  5. Tegakkan susunan potongan roti paratha tadi dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama lebih kurang 15 hingga 20 minit.
  6. Dah siap untuk dijamu kepada tetamu atapun keluarga.
Baca juga :  Cara membuat Korean Garlic Cheese Bun Viral yang sedap

Memang mudah dan sedap tau Cinnamon Rolls ni. Banyak kali dah saya buat untuk suami dan anak-anak. Semua cakap sedap macam beli kat kedai. Selamat menjamu selera ya.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.