Resepi Ni Viral Kerana Kesedapannya. Jom Rasa Kuih Onde-onde berinti Coklat bersalut Nestum.

Saat pandemik ni kita masing masing ada je idea yang nak dicipta atau dibuat bagi mengisi masa lapang bersama keluarga. Asyik menu biasa sesekali cuba pula menu hipster. Seronok buat aktiviti macam ni dengan anak anak. Jom kita cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Shida Ambok ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 cawan tepung pulut.
  • 1 ½ tin Air Wonda Coffee.
  • Coklat Cadbury Hazelnut.
  • Nestum secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan Air Wonda Coffee ke dalam tepung pulut dan gaulkannya sehingga adunan menjadi doh.
  2. Gentel-gentelkan doh tadi menjadi bentuk bulat dan isikan coklat yang telah dipotong kecil kedalam onde-onde kita.
  3. Panaskan air rebusan kemudian kita rebuskan onde-onde inti coklat kita ni macam kuih onde-onde biasa. Masak sehingga ianya timbul dan angkat.
  4. Kemdian, golekkan onde-onde inti coklat kita kedalam Nestum. Dah Siap onde-onde berinti coklat bersalut nestum kita ni dan sedia untuk dimakan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Putu Kacang. Kini anda mampu membuatnya sendiri!

Walaupun makanan tradisi tetap di hati, namun sesekali buat macam ni seronok dapat teroka benda baru. Mudah, cepat, sedap dan anak anak suka sangat. Selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.