Resepi viral Mozzarella Crunch Corndog

Mesti ada antara anda yang dah tahu atau pernah baut Corndog Cheese kan. Kali ni kami kongsikan kepada ada Resepi Corndog Cheese yang telah diupgrade menjadi Mozzarella Crunch Corndog atau diberi nama oleh pemilik resepi sebagai “MOZZACRUNCH”. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Keju Mozzarella.
  • Tepung pedas bestari yang telah dicampur tepung gandum.
  • Roti Gardenia.
  • Sosej ayamas yang telah direbus.
  • Lidi sate.
  • Breadcrumbs, Cornflakes dan Nestum.

Bancuhan tepung yang terhasil nanti kena letak di dalam bekas tinggi untuk mudah celup. Jangan cair dan jangan terlalu pekat. Agak-agak dapat menyalut Roti dengan sempurna cukuplah.

Cucuk selang seli antara Sosej dan Keju Mozzarella. Kemudian gulung dengan roti. Tak lenyek semua tau roti tu. Gulung dan lenyek hujung sahaja dan letak tepung yang dibancuh tadi sebagai gam untuk melekatkan roti.

Baca juga :  Cara untuk membuat Pulut guna Air Kelapa. Rahsia untuk menjadikan pulut anda sedap yang luar biasa!

Setelah celup gulungan roti tadi dengan bancuhan tepung, golekkan pula di atas campuran Cornflakes, Nestum dan Breadcrumbs. Ini hasil setelah digolekkan dengan campuran tadi. Picit-picit sikit semasa salutkan serbuk ni ya supaya padat.

Kemudian simpan dalam bekas tertutup dan letak di dalam peti ais bahagian beku ya. Nak makan nanti baru keluarkan kejap dan terus goreng. Gunakan api perlahan dan guna periuk yang dalam untuk menggoreng ya. Selepas goreng letakkan sos dan cheese nachos. Makan panas-panas baru dapat menghayati tarikan Keju Mozzarella tu. Selamat mencuba.

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Nuraimi Amy melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.