Cara membuat Sagu Gula Merah Warna Warni

Bila tak ‘DURHAKA’ dengan resepi Insha Allah menjadi. Resepi di bawah saya letak disini semula ya. Semoga tuan empunya resepi mendapat pahala kelak.

Proses merebus Sagu.

  • Panaskan air di dalam periuk. Air tak kisah banyak mana, lagi banyak lagi bagus. Bila air dah mendidih baru masukkan sagu. Ingat, gunakan api yang sederhana dan masak sagu sehingga hilang putih (menjadi jernih).
  • Jangan panik tengok sagu-sagu anda seperti hilang butir, tapis dan lalukan pada air. Insha Allah nanti butir sagu anda akan timbul semula dalam tapis.
Baca juga :  Resepi dan Cara untuk Membuat Kuih Kasui / Kaswi

Proses mewarna Sagu.

  • Asingkan sagu yang telah siap direbus tadi dan masukkan ke dalam bekas masing-masing. Ikut la kalau nak buat 3 warna asingkan dalam 3 bekas. Kemudian letakkan pewarna dan tunggu 10 minit untuk bagi warna tadi meresap kedalam sagu.
  • Kena pandai main-main campur warna. Sebagai contoh warna MERAH + SUSU + BIRU akan menghasilkan warna PUPLE MUDA.
  • Macam saya nak warna pastel, jadi saya bilas lagi sagu yang dah siap diwarna tadi dan bila kita bilas lepas mewarna, saki-baki pewarna tak kan merosakkan warna-warna yang lain bila kita campurkan dalam satu mangkuk time nak makan nanti.
  • Lepas tu letaklah susu dan gula merah, Siap untuk dimakan. Senang je, Selamat mencuba guys!
Baca juga :  Cara untuk membuat Sagoon Kelapa. Anak-anak anda pasti suka dengan menu kenangan ini. Cubalah!

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Nora Atikah melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.