Resepi untuk membuat Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai yang sangat padu. Secolek pasti tak cukup!

Selalunya sambal tempoyak ni kita letak cili api kan. Resepi ni kita olah sikit letak cabai besar. Tu je yang ada dalam peti ais. Disebabkan tempoyak ni banyak kita cuba buat sambal tempoyak. Fuhh! Makan nasi lebih dari 2 pinggan la resepi ni. Hehehe Senang je bahan-bahan dan cara buat. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Fairuz Abu Hassan. Selamat mencuba semua.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Tempoyak secukupnya.
  • Cabai besar 8 biji dikisar.
  • Bawang merah 7 biji dikisar.
  • Bawang putih 4 ulas dikisar. Ambil yang kecil sahaja. Taknak nanti rasa bawang putih tu terasa sangat dalam sambal.
  • Petai secukupnya yang siap dikupas.
  • Ikan bilis yang telah digoreng.
Baca juga :  Cara untuk membuat Mi Goreng ala-ala Mi Sotong Hameed Pata Penang. Selamat mencuba.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumiskan bahan yang dikisar dengan minyak goreng ikan bilis tadi. Masak sampai agak-agak kering.
  2. Masukkan tempoyak dan gaul sebati. Kemudian, masukkan ikan bilis dan petai. Perisakan dengan gula dan garam.
  3. Masak sambal tu sampai pekat. Dah siap!

Nak sambal tu nampak berminyak boleh letak minyak lebih sikit semasa menumis. Selamat mencuba!

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.