Cara buat Kuah Pasta carbonara super creamy tanpa menggunakan sos prego!

Kuah Pasta carbonara super creamy macam kat pizzahut tanpa menggunakan sos prego. Isi korang boleh tukar pada bahan segar contoh isi ayam/udang. Jom cub resepi yang telah dikongsikan oleh Aisyah Humaira. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 paket pasta.
  • Hotdong ramly secukupnya.
  • 1 kotak kecil cooking cream.
  • 3 kiub pati ayam knorr.
  • 3 keping cheesedale.
  • 2 gelas susu kotak full cream.
  • 2 sudu besar penuh tepung jagung dibancuh dengan 1gelas air.
  • Hujung sudu kecil serbuk lada hitam.
  • Hujung sudu kecil parsley flakes.
  • Garam,gula secukup rasa.
  • Air sekadar tenggelamkan pasta.

Bahan-bahan Tumis:

  • 1 ketul buttercup guna separuh sahaja.
  • 1 biji bawang holland di potong dadu.
  • 1 tin cendawan butang dicuci dan dihiris
Baca juga :  Resepi untuk membuat Spageti Carbonara Berkrim bersama sosej dan cendawan. Padu dan Pekat!

Cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan instanpot tekan menu “saute” dan cairkan butter. Masukkan semua bahan tumis kacau rata biarkan hingga keperangan.
  2. Masukkan susu full cream,dan semua bahan berbaki satu persatu kecuali pasta, Kacau sebati barulah masukkan pasta .Pastikan pasta tenggelam didalam kuah.
  3. Tekan menu “pressure cook” set tempoh memasak “5minit”. Dah siap.

Jika guna periuk biasa pastikan pasta dan kuah dimasak asing. Pasta direbus dahulu sehingga lembut kenyal dan baru tuang sos/kuah yang siap dimasak atasnya. Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.