Resepi Ikan Percik Putih Kelantan

Sedap woiii ikan percik putih ni. Kalau bulan puasa, bila terjah bazar ramadhan je memang ikan percik la yang pertama paling cheyah akan cari. Baru boleh menyusul cari makanan lain. Jom terjah cara cheyah buat ikan percik harini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Bahiah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 ekor ikan selar (boleh guna kembung juga ataupun suka hati korang la).
  • 1 cawan santan pekat.
  • 5 biji bawang merah.
  • 4 ulas bawang putih.
  • 2 inci halia (cheyah potong dua).
  • 1 keping asam keping.
  • 2 batang serai.
  • Garam dan gula secukup rasa.
Baca juga :  Menu ni menu bermusim namun tidak lagi dengan resepi ini. Jom cuba Ayam Percik Kuah Lemak yang padu ni!

Cara penyediaanya:

  1. Tumbuk sedikit halia, bawang putih dan garam hingga lumat dan lumurkan pada ikan. Biarkan seketika bagi masuk rasa baru boleh bakar ikan tu ye.
  2. Bahan selebihnya tumbuk je bagi lumat dan masukkan ke dalam santan bersama serai dan asam keping. Kalau korang malas tumbuk boleh blander tau. Make sure blander bersama santan bukan air nanti tak pekat.
  3. Panaskan api dan kacau perlahan-lahan. Part masak ni kena jaga sebab tak nak pati santan tu berpisah nanti berketul tak cantik dan tak pekat elok.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga agak-agak pekat ikut citarasa memasing. Cheyah suka pekat terangkat. Ikan tu jangan lupa bakar. Dah masak kau curahkan atas ikan tu tau.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nyonya Kari Ayam Kapitan oleh Liza Idris. Rasa yang unik serta menambat selera anda!

Selamat mencuba. Jom menjamu selera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.