Resepi untuk membuat Ayam Masak Masam-masam Manis. Insha Allah Sedap selalu!

Selalu kita dengar siakap sweet sour kan? Kali ni kita cuba olah sedikit, letak ayam pulak. In Shaa ALLAH sedap dimulut korang semua. Jom tengok bahan-bahan dan cara nak buat. Mudah jer resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Fairuz Abu Hassan Ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ayam dan ubi kentang yang telah siap digoreng.
  • Bawang besar dikisar.
  • Tomato 2 biji dikisar.
  • Cabai besar 3 biji dikisar.
  • Bawang merah 3 biji dihiris halus.
  • Bawang putih 4 ulas dihiris halus.
  • Gula kabung. Sukatan ikut suka rasa nak manis macam mana.
  • Sos tiram agak-agak je dalam 1 ke 2 sudu, kalau nak masin boleh letak lebih sikit.
  • Cili sos ikut citarasa kalau nak rasa pedas boleh letak lebih.
  • Serai sebatang diketuk.
Baca juga :  Sedap rupananya Acar Nanas ni. Menu yang sangat Popular di Pantai Timur!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumis serai hingga garing, masukkan bawang yang dihiris. Kacau hingga sedikit garing.
  2. Masukkan bahan yang dikisar dan masak sekejap. Kemudian, masukkan asam keping dan biar ianya mendidih seketika.
  3. Masukkan gula kabung, sos tiram dan sos cili. Gaulkan sebati dan masak sekejap.
  4. Akhir sekali masukkan ayam dan ubi kentang. Biar masak sehingga kering dan kuah tu sedikit pekat. Siap untuk dihidangkan.

Resepi ni tak guna garam dan gula tau, rasa manis dan masin tu dari sos tiram dan gula kabung tu. Kalau kurang rasa masin dan manis boleh la tambah gula dan garam. Selamat mencuba.

Baca juga :  Cara untuk membuat Mee Goreng Basah Terlajak sedap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.