Resepi Ayam Bakar Mayonis yang Padu

Hi korang. Dia mai dah, asal dia mai macam biasa la kan tepek gambar ayam bakar. Kali ni ayam mayonis. Korang boleh ubah suai bahan ikut sesuai selera ya. Maaf saya terlupa ambik gambar ayam masa perap tadi.

Kentang tu saya kupas, potong dan rebus. Bila dah empuk, tos air kemudian ambil sedikit butter, cili flakes & oregano. Kemudian gaul rata. Slow-slow ye, kang hancur plak. Ayam bakar mayonis cara saya.

Bahan utama:

1/2 ekor ayam, cuci bersih dan toskan airnya.

Bahan A:

  • 1 biji bawang merah besar.
  • 4 ulas bawang putih. Saya tumbuk halus. Boleh kalau anda nak letak halia, serai.
Baca juga :  Resepi Kuih Bingka atau Bingkang Tepung Gandum

Bahan B (agak-agak la ye, secukupnya):

  • Sos cili (2 sudu besar).
  • Sos tomato (2 sudu besar).
  • Sos tiram (2 sudu besar).
  • Madu.
  • Cili flakes.
  • Mayonis (1/2 ekor ayam, saya letak 3 sudu besar mayo).
  • Garam (agak-agak ye sebab dah ade sos tiram).
  • Minyak bijan (boleh ganti minyak masak).

Cara untuk membuatnya:

  1. Sediakan bekas, campurkan bahan A dan bahan B. Gaul rata. Kemudian perap ayam sekurangnya 30 minit. Semalaman pun elok.
  2. Saya bakar dalam oven suhu 200 darjah atas bawah selama 20 minit, kemudian turunkan suhu 180 darjah bakar sehingga masak. Saya terbalikkan ayam tu supaya api atas boleh bakar kedua belah sisi ayam tu.
Baca juga :  Cara untuk membuat Chicken Roasted / Ayam Bakar paling mudah tapi sedap

Nota : oven saya besar, suhu oven saya mungkin tak sama dengan oven anda. Pastikan anda kenal suhu oven anda supaya ayam tak rentung.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Dani Shoppe’s. Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.