Begini caranya untuk buat Sambal Bendi Goreng Pecah Telur yang padu bersama tips istimewa!

Sayur bendi sering dijadikan sebagai ulaman dan juga dimasak dalam masakan seperti kari, sup dan sebagainya. Di negara lain, ia digunakan sebagai agen pemekat dalam sup disebabkan teksturnya yang berlendir.

Antara khasiat bendi ialah merendahkan kolestrol, mengurangkan asma, mengawal penyakit kencing manis, meningkatkan sistem imun, mencegah penyakit buah pinggang dan menggalakkan kehamilan yang sihat.

Masalah utama apabila memasak bendi goreng ialah lendirnya yang sukar dihilangkan dan membuatkan masakan kelihatan kurang enak. Bagaimana untuk hilangkan lendir bendi ketika masak? Ini sedikit petua ringkas untuk hilangkan lendir bendi.

  1. Basuh dahulu sayur bendi kemudian lap hingga betul-betul kering.
  2. Jangan goreng bendi dengan bawang besar untuk mengelakkan bendi berlendir.
  3. Ketika goreng bendi, api kenalah besar dan biarkan. Jangan kacau selalu.
Baca juga :  Cara untuk membuat Bendi Goreng Tumis Belacan bersama Udang. Resepi kegemaran anda kelak!

Mudah sahaja bukan? Ini pula resipi bendi goreng.

Bahan-bahan:

  • Bawang putih ditumbuk
  • Ikan bilis ditumbuk
  • Bendi
  • Cili merah dihiris
  • Telur
  • Garam atau secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih dan ikan bilis hingga garing.
  2. Masukkan telur kemudian kacau hancur dan perasakan dengan garam atau secukup rasa.
  3. Masukkan bendi dan cili merah yang dihiris sehingga garing. Masak dengan api besar.

Selamat mencuba!

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.