Cara membuat Ikan Pekasam. Resepi yang perlu ada menjelang Ramadan!

Ikan pekasam ini memang menyelerakan. Lagi-lagi kalau makan dengan nasi panas-panas, ikan pekasam pula dogoreng garing, memang menambah betul hidangan nasi. Tak perlu dah lauk lain.

Macam mana nak buat ikan pekasam? Mudah sahajalah. Ikut step di bawah.

  1. Bersihkan ikan yang mahu digunakan, buang najis untuk elak dihurung lalat dan kebersihan.
  2. Peramkan ikan dengan garam semalaman di dalam peti ais. Anggaran 1kg ikan = 100g garam.
  3. Sanga (goreng tanpa minyak) beras dan tumbuk secara sederhana sebelum digaulkan dengan ikan.
  4. Di setiap susunan ikan dalam bekas bertutup, letakkan asam keping (pilihan) sekitar satu ke dua keping.
  5. Masukkan air garam yang sudah sejuk (dimasak terlebih dahulu) sehingga ikan terendam.
  6. Tuang lebihan beras ke atas ikan sebelum bekas ditutup. Tunggu sehari ke dua hari sebelum boleh digoreng. Nak lagi sedap, tunggu dua ke tiga minggu.
Baca juga :  Resepi Nasi Minyak Sunquick yang wangi dan tersangat sedap. Cubalah!

Cuba buat sendiri. Mana tahu kalau menjadi boleh berniaga pula.

Tips: Nak lagi sedap, gunakan ikan air tawar.

Sumber: Wanista

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.