Hari ni kita go for western lah. Tukar selera sikit. Spicy Spaghetti Carbonara Tomyam. Creamy + masam masam pedas. InshaAllah sedap. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Aien Mohamad. Terima kasih.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk 3 orang makan:
- 2 sudu besar buttercup.
- 5 ulas bawang putih (cincang halus).
- Cendawan butang.
- Cili padi (kalau nak pedas).
- 2 kotak kecil cooking cream brand Emborg/susu cair 400ml.
- 2 sudu besar pes tomyam.
- Udang.
- Daun limau purut.
- Spaghetti (rebus dulu selama 10 minit).
Cara penyediaanya:
- Cairkan buttercup. Tumis bawang putih sampai naik bau.
- Masukkan cendawan butang.
- Masukkan cooking cream. Guna susu cair pun boleh kalau tak ada cooking cream. Dan kalau nak lebih kuah, boleh lebihkan ya cooking cream/susu cair.
- Masukkan 2 sudu besar pes tomyam.
- Masukkan 1 sudu besar susu pekat. Ini untuk buatkan kuah lebih creamy. Kalau tak nak letak pun tak apa. Kacau sebati.
- Masukkan udang/sotong/ayam. Kemudian masukkan cili padi.
- Masukkan spaghetti dan daun limau purut. Gaul sebati dan siap!
Saya tak letak garam/gula sebab pes tomyam dan susu pekat tadi dah cukupkan rasa. Tapi korang boleh season to taste ikut selera ya.
Untuk ayam grilled pula:
Perap isi ayam dengan 5 ulas bawang putih yang telah ditumbuk + 2 sudu besar sos tiram + serbuk lada hitam + mixed herbs. Lagi lama perap, lagi sedap. Boleh grill guna magic pan/air fryer.
Selamat mencuba!