Cara untuk membuat Nasi Hujan Panas dengan mudah

Sambil-sambil layan anak main kaler harini maka terhasil lah Nasi Hujan Panas. Selamat mencuba. Senang je nak buat nasi ni. Saya kongsikan resepi ini dibawah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Che Nor Shyazlinda. Terima kasih.

Bahan-Bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg beras basmathi.
  • 1 tin susu cair.
  • 1.25 liter air
  • 1 sudu besar chicken stock.
  • Pewarna merah, kuning dan hijau.

Bahan Tumis yang diperlukan:

  • Daun Pandan.
  • 1 cm halia | dihiris.
  • 1 ulas bawang putih | dihiris.
  • 2 biji bawang merah | dihiris.
  • 2 sudu makan marjerin.
  • 2 batang kulit kayu manis.
  • 2 kuntum bunga lawang.
  • 3 kuntum bunga cengkih.
  • 3 biji buah pelaga.
  • Sedikit kismis.
Baca juga :  Cara ringkas tapi sedap untuk membuat Ikan Bawal Masak Stim Chinese Style. Resepi sesuai untuk Ramadhan anda.

Cara Memasak:

  1. Cuci beras bersih dan rendamkan selama 1/2 jam. Toskan.
  2. Panaskan marjerin dan tumiskan kesemua bahan tumis sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan susu cair, air & chicken stock. Kemudian masukkan beras. Gaul rata.
  4. Biarkan nasi dimasak sehingga kering seperti biasa.
  5. Apabila nasi dah hampir masak, letakkan kismis, pewarna merah, kuning dan hijau di atas nasi kemudian tutup tudung periuk lebih kurang 5 minit.
  6. Matikan api & baru kaup balikkan nasi. Hakak tukar je masuk dlm satu besen besar & gaul dalam tu supaya nasi tak patah. Dalam proses menukar tu dia akan jadi rata dengan sendirinya semua kaler tu.
Baca juga :  Resepi Nasi Goreng Tomyam Seafood. Resepi pasti laku keras!

p/s: Resepi ni untuk kami wajib ada acar nenas, ayam masak merah & sambal belacan. Alhamdulillah cukup lengkap semuanya harini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.