Resepi Singgang Daging Original Kelantan. Menu yang pasti laku dan habis dulu ni nanti.

Kami kongsikan kepada anda Resepi Singgang Daging Original dari Kelantan. Insha Allah boleh la hilangkan mengidam anda dalam musim-musim PKP ni ya. Jom kita lihat resepinya dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 1/2 kg daging – hiris/potong kecil *.
  • 1½ inci lengkuas – diketuk *.
  • 1 inci halia – hiris memanjang, kecil-kecil*.
  • 2 sudu besar ketumbar – ditumbuk kasar *
  • 3 ulas bawang putih – dimayang *
  • 4 ulas bawang merah – dimayang*
  • 3 tangkai lada kering – ditumbuk bersama ketumbar (tidak lumat) *.
  • 3 keping asam keping
  • Garam dan gula.
  • Serbuk perasa dan budu ( jika suka).
  • Air secukupnya.
Baca juga :  Cara untuk Membuat Gulai Ayam Mek Kelate

Cara menyediakan singgang daging ini seperti berikut:

  1. Semua bahan bertanda * tu masukkan dalam periuk dan digaul bersama daging tanpa air.
  2. Rebus bersama daging tanpa air sekejap. Rahsia kesedapan singgang sebab rasa bahan2 masuk ke dalam daging.
  3. Masukkan air.
  4. Biarkan sehingga daging empuk.
  5. Masukkan garam dan asam keping. Masak lagi sehingga betul-betul empuk.
  6. Boleh letak serbuk perasa dan budu.
  7. Lepas tu tutuplah api. Boleh dihidangkan.

Info tambahan:

  • Garam dan asam tidak dimasukkan awal untuk elak daging jadi liat.
  • Makan dengan nasi panas tau. Konpem, tersandar! Selamat mencuba.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Belacan Goreng. Anda pasti tak percaya dengan kesedapanya nanti!

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Eyra Mamadil melalui Facebook Aku Masak Ko Yang Panas dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.